20090420

ROTS di Media Massa


Sepanjang hampir 14 tahun penubuhannya, ROTS ataupun dahulunya dikenali sebagai Team Shell telah banyak mengambil bahagian serta menganjurkan program-program yang berbentuk kebajikan dan aktiviti-aktiviti amal. Di samping membantu masyarakat, ROTS juga telah berjaya membawa golongan belia ke saluran aktiviti yang betul serta mendidik ahli-ahlinya dengan elemen-elemen positif sekaligus mengelakkan golongan muda ini daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat. Ini terbukti apabila banyak program yang melibatkan ROTS mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan dan sokongan yang tidak putus-putus daripada badan-badan NGO. Di sini dapat dilihat antara aktiviti-aktiviti ROTS yang mendapat liputan media massa. Diharap semoga program-program ROTS yang akan datang akan terus mendapat sokongan daripada semua pihak dan semoga aktiviti-aktiviti amal seperti ini menjadi teras perjuangan bagi kita ahli-ahli ROTS demi agama, bangsa dan tanah air tercinta. BERSATU DEMI PERSAHABATAN.
























0 Komen: